CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
made by Leeloumade by Leeloumade by Leeloumade by Leeloumade by Leeloumade by Leeloumade by Leeloumade by Leeloumade by Leelou

Tuesday, August 23, 2011

ujian ALLAH...



hai kawan-2, followers, stalkers and lovers..
pemilik blog ni mengalami kesakitan hati tapi di gagahi juga untuk menjenguk belognya. bimbang di tumbuhi sawang atau dalam erti kata lain sarang labah2. nanti kalau da tebal sawangnya sukar nak dibuang. sehat tak korang semua? aku harap2 sehat la yep. bulan puase ni ade tak yang gemok jadi kurus yang kurus jadi lagi la kurus.. haha. aku? ha.. macam biase la slim je. tapi sekarang ade sedikit kenaikan di badan aku.. arghhhhhh tak nak...... tension wooo semua baju da naik ketat aku nak pakai. tak pe mungkin faktor umor barangkalik. pape pon badan aku masih terkawal. HEHE!! :D

urm da lama tak menaip rasa macam da tongang terbalik ayat aku di buatnya ni. serius aku SAKIT hati sangat dengan macam2 perkara jadi di bulan puasa ni. kuat betul ujian yang di berikan untuk aku insan yang tersangat la lemah. :(( tapi nasib baik la mak aku tu ade untuk mendengar segala isi, luahan, tangisan yang tertanam dalam hati aku ni. :)) sabar separuh dari iman... ye!! memang aku da cuba untuk bersabar tapi mungkin tahap kesabaran aku ni da membuak2 nak terkeluar. :((!!

bagi aku seorang insan yang sangat lemah ni. akhirnya meletup juga. tapi still tak rasa kepuasan tu lagi. aduhhh kenape ek? rasa macam nak menjerit sekuat hati macam monyet2 kat hutan tu menjerit. tak sape boleh marah mereka. ape aku cakap ni. see? da tongang terbalik kan ayat aku. mane tak nya dalam kepala otak aku penuh dengan habuk. tak terkemas di buatnya. hari raya dah nak dekat, rumah segala habuk aku da buang. tapi dalam kepala otak aku ni macam mane nak buang habuk? (o-o).... bawak kereta pun da macam ape, skit2 langgar sana, langgar sini, nasib baik la tak berape nak terok sangat. kalau tak confirm bertambah la sakit hati aku ni.....

aku juga sedang dan sering mengingatkan diri aku yang SAKIT itu merupakan satu penringatan kepada diri aku untuk lebih dekat kepada Allah dan SAKIT juga sepatutnya dapat meningkatkan keimanan sebab dapat menyedarkan kita akan kematian.

syukur alhamdulilah dengan izin Allah s.w.t aku diberikan kekuatan lagi untuk aku teguh kan diri aku sebagai anak didik adam dan hawa. :))

sorry kawan2 kalau entry aku kali ni agak serabot.. (o-o)

thank you for reading this entry :))

Friday, August 12, 2011

salam ramadhan

hi kawan-kawan, followers, stalkers, and my hero ohsem :D

rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. sebagai manusia yang tak sempurna, seelok-eloknya kita luangkan lah masa untuk beribadah sebaiknya. sebab bulan-bulan biasa belum tentu kita beribadah kan ? so, elak-elakan  lah benda yang Allah s.w.t murka-

kalau di beri dugaan di bulan suci ni pun dapat la kita lagi sabar dari bulan-bulan yang lain. sebab syaitan da kena tangkap, jadi tak delah sangat penghasut hati kita ni kan. dalam banyak-banyak bulan yang ada. bulan ramadhan ni la yang aku tunggu-tunggu. sebab feel ye lain macam dan bulan ramadhan ni la yang sangat meriah kerana umat-umat islam sibuk meyediakan keperluan untuk menyambut Hari Raya. diam tak diam dan nak dekat 2 minggu aku menyambut bulan puasa tanpa ponteng tau!! owh seronoknya....... tapi tak tahu la nanti.. HEHE...



SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK :D


thank you for reading this entry :)


Friday, August 5, 2011

mari la kita beramal di bulan yang mulia ini :))

Assalamualaikum semua,
Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je.. sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi!!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. Sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan. 
p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....
((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:
لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)
Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))
wallahu a'lam.